Ibu Hamil Jangan makan Main Hentam Saje Ye Semasa Hamil

Assalamualikum dan salam sejahtera semua... Kebiasannya wanita termasuk saya juga jika sudah disahkan hamil secara automatik akan...



Assalamualikum dan salam sejahtera semua...






Kebiasannya wanita termasuk saya juga jika sudah disahkan hamil secara automatik akan mengambil berat soal pemakanan apa yang boleh di makan atau tidak boleh dimakan semasa hamil. Walaupun pada hakikatnya sebelum ini mereka jenis yang tidak kisah soal makanan apa yang dimakan termasuklah jumlah kalori dan sebagainya.

Bila ada 'orang baru' di dalam perut, ibu-ibu pasti merasa bimbangkan sama ada makanan yang kita ambil ini bagus atau tidak untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Bila awal-awal kehamilan ni ibu-ibu pasti risau kan takut jika tidak menjaga pemakanan boleh menyebabka  keguguran. Macam kak yong awal-awal kehamilan ni memang takut nak amek makanan tajam,masam, pedas sebab sangat berjaga-jaga tau.

Semasa kita hamil ni sememangnya kita perlu menjaga pemakanan tau sebab apa yang kita makan akan disalurkan khasiatnya kepada anak di dalam kandungan. Justeru itu ibu hamil perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Pengambilan makanan yang seimbang ni boleh mengelakkan ibu hamil daripada penyakit seperti diabetes dan darah tinggi semasa hamil.

Ok ibu hamil boleh amalkan perkara-perkara ini semasa hamil bagi mengekalkan kesihatan dan baik untuk tumbesaran bayi :


#1- Makan ikut piramid makanan
Ok untuk ibu hamil kumpulan makanan yang penting ialah karbohidrat (beras, roti, gandum), protein(telur, daging dan ikan), lemak(minyak zaitun, dan minyak sayuran). Makan mengikut piramid makanan dapat memastikan ibu hamil dan baby mendapat nutrisi yang cukup dan sangat bagus untuk tumbesaran baby.







#2- Stop dulu makanan segera/ringan/fast food
Kalau boleh ibu-ibu hamil hadkan ye pengambilan makanan segera, kalau anda boleh stop kan terus pun lagi bagus tau..sebab apa makanan segera ni kan banyak bahan pengawet, garam,gula, perasa, pewarna, lemak dan sangat tak bagus untuk ibu hamil dan baby dalam kandungan. Pengambilam makanan segera juga dikatakan menjadi salah satu penyebab anak mudah terkena demam kuning selepas dilahirkan. Nurse pun selalu pesan kurangkan pengambilan makanan segera semasa hamil.






#3- Ambil Diet Sihat
Ibu-ibu hamil boleh mengamalkan diet sihat sepanjang kehamilan kerana pembentukam bayi berkait rapat dengan pemakanan yang dimakan oleh ibu semasa hamil. Jika ibu tidak mengambil berat soal pemakanan seimbang, berkemungkinan ibu boleh berhadapan dengan risiko seperti kelahiran bayi pramatang, berat tidak mencukupi, kerosakan otak, kecacatan, kecerdasan yang rendah atau risiko bayi meninggal di dalam kandungan atau semasa dilahirkan

Istilah yang ada mengatakan ibu hamil perlu makan untuk dua orang adalah tidak benar. Ibu hamil tidak semestinya makan banyak kerana kalori tambahan yang diperlukan sebanyak 300 kalorin berbanding pemakanan orang biasa. Ibu hamil perlu utamakan kualitit makanan bukannyan kuantit. Jika ibu hamil makan banyak tetapi tidak seimbang tidak berguna jugakkan.


#4- Kawal Peningkatan Berat Badan
Bila hamil ni, selera makan memang membuak-buak kan. Memeng berselera sungguh. Nampak apa jer nak makan kan. Oleh sebab itu, berat ibu hamil boleh naik mendadak dan kadang-kadang jaik sehinggan 2#3kg seminggu. Bila naik mendadak ni mesti kena marah dengan doktor dan nurse.

Peningkatan berat badan memang menunjukkan petanda kehamilan yang sihat. Bagaimanapun berat badan yang disarankan sepanjang kehamilan adalah antara 10-20kg daripada berat badan normal sebelum hamil. Jika ibu hamil merasa lapar terutama pada waktu malam, plilh lah snek kudapan yanh berkhasiat seperti biskut, roti dan buah-buahan.





#5- Guna Prinsip tidak semua makanan boleh dimakan
Ok semasa hamil ni elakkan pengambilan makanan mentah seperti sushi, tiram susu tidak berpastur atau keju lembut seperti brie atau camembert.

Begitu juga dengan makanan separuh masak seperti daging, ayam dan telur. Ini kerana kesemua makanan tersebut menyumbang kepada sumber bakteria yang boleh memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandungan. Ibu hamil yang ada masalah diabetes dan darah tinggi perlu mengawal diet untuk memastikan paras gula dalam darah dan tekanan darah stabil.

#6- Pengambilan Supplement / Vitamin
Pengambilan supplement semasa hamil sangat penting kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan. Pengambilan supplement sangat membantu dalam tumbesaran bayi dalam kandungan dan memastikan kesihatan ibu dalam keadaan baik dan sihat. Semasa kak yong hamil, kak yong amalkan Set kehamilan Shaklee tau. Memang puas hati ambil set kehamilan shaklee ni, badan rasa bertenaga, sihat, cergas, tiada sembelit dan kulit baby pun cantik tau. Ramai tanya kulit anak kak yong cerah ambil apa masa hamil. Rahsianya set kehamilan shaklee ler..heheheh

Ok kak yong share set-set yang diamalkan masa hamil dan boleh dibawa terus masa pantang tau..








SET KEHAMILAN SHKLEE 

ESP SHAKLEE :
Satu hidangan ESP bersamaan dengan 12 gelas susu. Bagi ibu yang sukat nak mengambil susu, boleh gantikan dengan ESP kerana ianya tidak memuakkan dan rasanya juga manis, tidak terlalu manis dan tidak mengadungi pewarna dan perisa tiruan. Dalam ESP mengandungi Lysine di mana Lysine berfungsi membantu badan menyerap kalsium. Ini kerana semasa hamil pertumbuhan bayi anda sangat memerlukan kalsium untuk pertumbuhannya. Jika kalsium dalam badan ibu tidak mencukupi ia boleh memberi kesan kepada untuk jangka masa panjang kerana ibu kehilangan kalsium dalam badan. Kandungan Lysine juga boleh bantu ibu hilangkan keletihan, kepenatan, rasa penat melampau, rasa loya, menggigil, seram sejuk, tiada selera makan dan anemia. Ibu hamil yang ada diabetes sangat bagus amalkan ESP ini kerana ESP mengandungi nilai indeks Glisemik rendah iaitu 39 yang sangat sesuai diambil pesakit diabetes


VITA-LEA :
Multivitamin yang mengandungi zat besi. Zat Besi amat diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah. Sel darah merah ini membentuk hemoglobin yang berfungsi menghantar oksigen ke seluruh tubuh.
Ibu hamil yang ada masalah HB rendah juga bagus mengambil Vita-Lea


VITAMIN C
Vitamin C juga sangat diperlukan semasa hamil bagi membantu penyerspan zat besi secara optimum. Pengambilan Vitamin C juga dapat meningkatkan imunisasi ibu hamil dari terkena demam, selsema, batuk dan juga dapat menguatka  gusi semasa hamil.


BCOMPLEX
Mengandungi asid folik yang sangat diperlukan oleh ibu hamil bagi mengelakkan kecacatan tulang belakang bayi. Ibu hamil perlukan 400mcg asid folik sehari untuk bantu mengurangkan risiko bayi dengan kecacatan tube neural. Kecacatan saraf tulang belakang boleh menyebabkan kematian bayi.


OSTEMATRIX
Semasa hamil sumber kalsium sangat diperlukan untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan. Ostematrix mengandungi sumber kalsium, vitamin D dan Magnesium untuk menjaga kesihatan tulang ibu. Ibu hamil yang mengalami masalah sembelit dan sukar nak membuang air besar sangat bagus mengambil Ostematrix.


OMEGA GUARD
Omega guard diperkayakan dengan DHA yang sangat bermanfaat untuk otak bayi. Di awal kehamilan otak bayi menjalani pertumbuhan yang sangat pesat dan sudah tentu dengan pengambilan DHA dalam permakanan harian membolehkan ia disalurkan kepada baby. Pengambilan omega guard juga dapat mengawal kenaikan berat badan 7bu secara terkawal


Oleh itu ibu-ibu yang hamil ingat ye,  jangan main hentam saje tau bab-bab makan ni semasa anda hamil kerana ia boleh memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan bayi. Jangan terlalu taksub dengan cerita orang-orang dulu di mana masa mengandung ni kalau terasa nak makan apa-apa makan jer jangan sekat-sekat nanti anak akan nengces. Salah ye ibu-ibu, ibu hamil perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan makana  seimbang semasa hamil..



Ok sesiapa yang nak order set kehamilan shaklee boleh terus whtsap 0111-9791281





You Might Also Like

0 comments