Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dalam Masa 14 Hari

Assalamualikum dan salam sejahtera semua... Sebut pasal soal kesuburan ni, bukan wanita sahaja yang mengalami masalah ini tetapi kaum lela...

Assalamualikum dan salam sejahtera semua...

Sebut pasal soal kesuburan ni, bukan wanita sahaja yang mengalami masalah ini tetapi kaum lelaki pun sama ye..Bila dah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak setiap pasagan perlu sama-sama melakukan pemeriksaan. Bukan hanya menuduh satu sama lain mengatakan mereka yang ada masalah kesuburan.

Kadang-kadang kita tidak tahu siapa yang ada masalah sama ada isteri atau suami ataupun kedua-duanya sekali.

Entri sebelum ni kak yong ada tulis berkaitan Tanda-tanda Lelaki Tidak Subur
Entri kali ni kak yong nak kongsi pulak tips untuk meningkatkan kesuburan lelaki dalam masa 14 hari sahaja.


Ecstatic Couple Looking at a Pregnancy Test

 

Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki

1) Diet
  • Seorang lelaki mestilah menjaga pemakanan anda dan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang
  • Anda perlu memastikan badan anda mendapat nutrien yang mencukupi agar dapat menghasilkan sperma yang berkualiti. 
  • Kurangkan pengamilan makanan yang mempunyai lemak tepu kerana ia boleh meningkatkan hormon estrogen dalam badan seseorang lelaki yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Kesannya ia boleh menyebabkan ketidaksuburan berlaku
  • Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari dan kurangkan pengambilan yang diproses

2) Senaman
Apabila anda bersenam, ia bukan sahaja menyebabkan badan mengeluarkan peluh dan menjadi semakin sihat. Ia juga bagus untuk kesihatan jantung. Dalam masa yang sama senaman dapat mengimbangkan hormon di dalam badan dan meningkatkan kesuburan anda. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit.


3) Tekanan
Masalah kesuburan dan hormon tidak stabil ini biasanya disebabkan oleh masalah tekanan @ stress. Oleh itu, elakkan tekanan atau stress. Belajar untuk mengatasi masalah yang anda hadapi dengan tenang dan relex. Jika merasa stress cuba tenangkan diri dan ingat kembali perkara-perkara yag boleh membuatkan anda ketawa atau gembira.


4) Gaya Hidup Sihat
Amalkan gaya hidup sihat seperti berhenti merokok kerana asap rokok boleh menyebabkan kualiti sperma anda jatuh merundum . Selain itu, elakkan pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah.


5)  Amalakan Supplement untuk tingkatkan Kesuburan dan Kesihatan
Selain melalukan perkara-perkara di atas, kaum lelaki juga boleh mengambil supplement tambahan bagi membantu meningkatkan tahap kesuburan dan kesihatan anda. 

Untuk lebih lanjut Set Kesuburan lelaki boleh KLIK SINI



You Might Also Like

0 comments