11 Tanda- Tanda Awal Anda Mungkin Sedang Hamil

Assalamualikum dan Salam Sejahtera Kehamilan adalah merupakan saat yang paling diimpikan oleh setiap wanita yang mendirikan rumahtangga. N...

Assalamualikum dan Salam Sejahtera

Kehamilan adalah merupakan saat yang paling diimpikan oleh setiap wanita yang mendirikan rumahtangga. Namun biasanya pada awal-awal kehamilan kadang-kadang wanita tidak mengetahui bahawa dirinya sedang hamil. 

Ok entri kak yong kali ni nak kongsi dengan anda semua tanda-tanda awal kehamilan yang boleh anda ketahui. 



Tanda-tanda Awal Kehamilan

1. Mengidam
Perubahan dalam selera makan yang mendadak boleh dijadikan salah satu petanda anda hamil. Namun ia tidak oleh dijadikan garis panduan sebenar kerana ada yang tidak mendapat tanda-tanda ini. Segeralah berjumpa doktor untuk pengesahan



2. Perubahan pada bahagian puting Payudara
Jika anda mula melihat pada oayudara anda terutamanya warna bahagian puting payudara, ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon pada awal kehamilan. Warna puting akan menjadi gelap dan terasa lebih sensitif



3. Tompokan darah dan Kekejangan Perut
Tompokan darah boleh berlaku seawal seminggu kehamilan. Kadang kala diikuti oleh rasa kekejangan di perut seperti sedang mengalami haid. Proses ini adalah normal ketika sel telur mula melekat pada dinding rahim



4. Sering buang air kecil
Perubahan hormon ketika hamil adala biasa dan ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap sistem pencernaan badan anda.

Perubahan ini sejajar dengan pembesaran bayi anda, ini akan memberi tekanan terhadap pundi kencing dan seterusnya menyebabkan anda kerap berulang ke tandas



5. Merasa Letih
Pada masa yang tertentu, anda mungkin akan merasa penat yang amat sekali. Ini kerana normal ketika hamil akibat perubahan hormon progesteron. Dalam masa yang sama, kadar gula dalam darah dan tekanan darah rendah juga boleh menyumbang kepada gejala penat ini.



6. Perubahan Pada Payudara
 Perkara ini mungkin sama tandanya dengan masa nak datang haid. Payudara akan kelihatan tagang, membesar, membengkak, sakit dan mudah sensitif terhadap sentuhan


7. Perubahan Deria Rasa dan Bau
Pada awal kehamilan, anda mungkin akan mengalami deria rasa dan bau yang tajam terutamanya terhadap bau-bauan, rasa mual, badan akan terhidrat dan kurang air. Jumpa doktor untuk konsultasi dan maklumat lanjut agar kesihatan pada tahap optimal


8. Perubahan pada bahagian tubuh
Bukan sahaja di bahagian perut tetapi di bahagian peha, dada dan lengan biasa akan mengalami perubahan


9. Lewat Datang Haid
Bagi anda yang period sentiasa tetap setiap bulan, kedatangan haid yang lambat dari biasa mungkin menunjukkan tanda-tanda anda hamil. Bagi yang tidak tetap haid mungkin agar sukar untuk mengetahui sama ada anda hamil atau tidak dan lebih baik membuat ujian kehamilan


10. Sembelit
Sembelit terjadi akibat peningkatan hormon progesteron. Hormon ini selain dapat mengendurkan otot-otot rahim, dan kendurnya otot dinding rahim usus sehingga menyebabkan sembeli


11. Ujian Kehamilan Positif
Salah satu tanda sah anda hamil ialah apabila membuat ujian kehamilan dan keputisannya adalah positif. Segera berjumpa doktor untuk pengesahan dan mengetahui usia kandungan anda



12. Sakit Punggung dan Pinggang
Ini berlaku disebabkan otot-otot rahim mula mengembang. Jika anda tidak pernah mengalami sakit punggung dan pinggang, tetapi secara tia-tiba anda mengalaminya mungkin salah satu tanda anda hamil



13. Perubahan Mood Yang Ketara
Wanita hamil memiliki mood yang mudah berubah-ubah. Suami kena tahan dengan perubahan yang berlaku kerana ini adalah sementara sahaja



14. Sakit Kepala
Ia berlaku akibat perubahan hormon dalam badan. Gangguan pening dan sakit kepala yang sering dirasakan oleh ibu hamil sebenarnya berlaku atas faktor fizikal yang dialami seperti rasa lelah, mual, lapar dan tekanan darah rendah.


Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, segera lah berjumpa doktor untuk pengesahan dan pemeŕiksaan lanjut....

 Vitamin Lengkap Untuk Ibu Hamil





You Might Also Like

0 comments