10 Tanda Awal Kehamilan Kembar, Walaupun Tiada Genetik Kembar

Assalamualikum dan salam sejehtera kepada semua pembaca blog saya... Siapa yang tak teringin nak dapat anak kembarkan. Kak Yong sendiri pu...

Assalamualikum dan salam sejehtera kepada semua pembaca blog saya...

Siapa yang tak teringin nak dapat anak kembarkan. Kak Yong sendiri pun teringin sangat-sangat nak dapat anak kembar ni. Agak-agak ada peluang tak nak dapat anak kembar ni. Insyallah apa-apa kita berusaha dan berdoa kepada Allah.

Bagi yang period tetap setiap bulan, biasanya kehamilan dapat dikesan bila period tidak datang atau terlewat. Waktu ini boleh lah buat ujian kehamilan. Bila disahkan hamil alangkah seronoknya kan..Adakah kita hamil seorang atau kembar. Pasti teruja sangat nak tahu kan.




Ok entri kali ni kak yong nak kongsi dengan anda tanda-tanda anda mengandung kembar. Dikatakan peluang untuk mendapat anak kembar lebih tinggi jika anda tergolong dalam kumpulan ini :

  • Berusia 30 tahun ke atas
  • Hampir menopaus
  • Lebih tinggi daripada wanita sebaya anda
  • BMI lebih 25
  • Mempunyai sejarah keluarga kembar
  • Menggunakan rawatan kesuburan

Jom kita lihat pulak apakah Tanda-tanda Kehamilan Kembar yang ibu mengandung perlu tahu..Bestnya kan kalau mengandung kembar...

1. Tanda yang "Sangat Terang" pada Ujian Kehamilan
Kadangkala, sesetengah wanita yang membuat ujian kehamilan pada hari awal lewat datang haid akan mendapat keputusan yang agak samar. Tetapi jika hamil kembar tanda kehamilan kembar yang "sangat terang" ini berlaku akibat penghasilan hormon HCG yang lebih banyak berbanding kehamilan biasa



2. "Morning Sickness" yang melampau
"Morning sickness atau alahan adalah salah satu simptom kehamilan yang biasa berlaku pada wanita hamil akibat kehadiran hormon HCG. Jika anda terlalu kerap merasa loya, dan cepat muntah-muntah walaupun hanya sedikit, ini adalah salah satu tanda kehamilan kembar.



3. Pertambahan Berat Badan Melebihi Normal
Kadar kenaikan berat badan yang normal adalah sekitar 2KG sebulan.
Namun jika anda merasakan berat badan anda naik secara mendadak sejak awal kehamilan, anda mungkin hamil bayi kembar. 

Kehamilan kembar memerlukan berat badan yang melebihi kehamilan normal untuk memastikan bayi mendapat nutrisi yang mencukupi.


4. Saiz Perut Yang Besar
Apabila anda hamil kembar, rahim akan lebih mengembang berbanding biasa untuk memuatkan 2 orang bayi. 

Biasanya kalau kehamilan baru 3-4 bulan masih boleh disorokkan. Tetapi kehamilan kembar biasanya akan nampak "baby bump" lebih awal. 


5. Pengerakan Bayi Dalam Kandungan Berlaku Lebih Awal dan Kerap 
Salah satu lagi tanda kehamilan kembar yang sangat seronok ialah "kekecohan" di dalam perut. Anda biasanya akan dapat merasakan pergerakan atau "bayi menendang" lebih kerap daripada biasa kebanyakan yang hamil kembar daripada rasakan pergerakan lebih awal.


6. Letih yang Luar Biasa
Secara logiknya tubuh badan anda, mudah berasa letih kerana terpaksa bekerja "overtime" atau 2 kali ganda berbanding kehamilan biasa. Anda mungkin berasa sangat penat dan rehatlah secukupnya.


7. Sakit Belakang
Akibat pertambahan berat badan yang melebihi kadar normal, pusat graviti badan akan berubah. Jika anda tidak membentulkan poster, anda akan merasai sakit belakang dan lenguh satu badan.


8. Cramp Perut
Rasa Sakit perut tidak membahaya asalkan tiada pendarahan yang berlaku. Apabila rahim anda semakin membesar dan mengembangkan kesakitan ini akan berlaku lebih kerap


9. Sering ke Tandas
Selain perubahan kadar Hormon yang mendadak,dua orang bayi yang sedang menghimpit pundi kencing anda pasti akan menjadikan anda sering nak terkucil. Namun jangan jadikan alasan untuk tidak minum air


10. Bengkak Air
Kehamilan kembar menjadikan seseorang wanita berpotensi mengalami bengkak air atau edema.Keadaan ini bukan saja akan menjadikan anda tidak selesa, malah boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius.







 

You Might Also Like

0 comments