Tanda-Tanda Air Ketuban Berlebihan yang boleh anda Ketahui...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Air ketuban adalah cecair yang mengelilingi dan melindungi bayi semasa dalam kandungan. Air k...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Air ketuban adalah cecair yang mengelilingi dan melindungi bayi semasa dalam kandungan. Air ketuban ini mestilah mencukupi dan tidak boleh terlalu sedikit ataupun terlalu banyak.


Fetus


Macam mana nak pastikan air ketuban ni sentiasa mencukupi ye sedangkan kita tak nampak keadaan di dalam kandungan kita. Pasti benda ini akan merisaukan ibu yang hamilkan. Cukup atau tidak jumah air ketuban ni boleh diketahui melalui Ujian Ultrasound.

Namun demikian ada beberapa tanda yang boleh anda ketahui sama ada Air Ketuban anda ni mencukupi atau mengalami masalah terlalu sedikit atau terlalu banyak.. Ok entri kali ni Kak Yong nak kongsi dengan anda Tanda-tanda Air Ketuban Berlebihan. Antara tanda-tanda yang boleh anda lihat adalah seperti berikut :

Tanda-tanda Air Ketuban Berlebihan


1) Kandungan Cepat Membesar
Ada sesetengah orang yang memang jenis perut tebal dan cepat nampak besar. Kak Yong salah seorang yang mempunyai perut jenis tebal. Kandungan cepat besar yang saya maksudkan ialah terlalu cepat membesar sehinggakan anda baru masuk 32 minggu tetapi perut dah nampak macam sarat tengah tunggu nak bersalin jer. Ada yang ingin mengadung kembar...Besar kan?


2) Tinggi Rahim naik terlalu cepat
Selain kandungan yang terlalu cepat nampak besar, tinggi Rahim naik terlalu cepat juga antara tanda air ketuban berlebihan yang biasa ibu haml tidak perasan. Bila kita lakukan pemeriksaan mengadung, doctor akan periksa dan mengukur ketinggi Rahim kita kan. Jika terlalu tinggi berbanding usia kandungan anda, insyallah jika anda ada masalah air ketuban berlebihan dapat dikesan.


3) Pembuluh darah bawah perut kelihatan kerana kulit perut menjadi nipis
Biasanya ibu yang mengalami masalah air ketuban berlebihan akan mengalami masalah di mana kulit perut menjadi nipis sehingga boleh menampakkan urat-urat pembuluh darah di bawah kulit. Keadaan ini biasa berlaku apabila masalah air ketuban berlebihan telah sampai ke peringkat yang serius.


4) Stretch Mark Yang teruk sejak kehamilan
Stretch mark biasanya berlaku apabila kandungan mulai membesar menyebabkan kulit perut tertaril, hilang elastic dan pecah di bawah kulit. Bagi ibu yang alami masalah air ketuban berlebihan, stretch mark yang berlaku lebih awal sebab kandunan cepat membesar


5) Masalah Pernafasan
Ibu yang alami air ketuban berlebihan biasanya akan mengalami masalah pernafasan seperti semput, nafas pendek dan rasa tak puas menarik nafas. Ini berlaku kerana ekanan ke atas Diafragma


6) Penambahan Berat Badan yang mendadak
Salah satu tanda anda mengalami air ketuban lebih adalah beat badan anda naik secara mendadak.


7) Dengutan jantung Bayi Kedengaran Jauh ke dalam
Apabila ujian ultrasound dilakukan, denyutan jantung bayi akan kedengaran jauh ke dalam kerana bayi berada jauh dari permukaan disebabkan dikelilingi oleh air ketuban yang banyak..


Kesan yang boleh berlaku pada kandungan dan ibu jika air ketuban berlebihan boleh lihat di SINI
 
 

Apa perlu Buat Kalau Anda Disahkan Ada Masalah Air Ketuban Berlebihan?

 
Biasanya doktor akan memantau kandungan anda untuk memastikan anda dan bayi berada dalam keadaan yang selamat. Jika terpaksa doktor akan mengeluarkan sedikit air ketuban,tapi prosuder ini jarang dilakukan. 

Banyakkan berehat, berdoa supaya kandungan dan anda selamat.
Ibu-ibu juga boleh cuba Set Kehamilan Untuk Ibu Hamil


 
 
 
 
 
 

You Might Also Like

0 comments