Air Ketuban Sedikit, Bahaya Tak pada Kandungan?

Assalamualikum dan salam sejahtera semua... Air ketuban adalah cecair ambion yang mengelilingi bayi semasa dalam kandungan. Air ketuban i...

Assalamualikum dan salam sejahtera semua...

Air ketuban adalah cecair ambion yang mengelilingi bayi semasa dalam kandungan. Air ketuban ini berfungsi untuk melindungi bayi dalam kandungan. Kalau air ketuban ini sikit atau kurang adakah ia berbahaya dan berisiko kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Apakah punca ia terjadi ye?


 Fetus inside the womb

Kak Yong tak pernah ada pengalaman bab Air Ketuban sedikit ni. Tapi adik kak yong ada pengalaman alami air ketuban sedikit masa mengandungkan anak yang pertama. Adik kak yong ni dipaksa bersalin awal dari tarikh "due date" disebabkan air ketuban sedikit dan jika dibiarkan sehingga tarikh "due date ni air ketuban akan semakin berkurangan dan boleh membahayakan kepada bayi dalam kandungan. 

Genap jer usia kandungan 36minggu, adik kak yong terus dipaksa bersalin dan bayi yang dilahirkan pra matang dan perlu dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut. 

Apakah Air Ketuban?

Air ketuban merupakan satu cecair yang dikenali sebagai cecair aminion. Ia wujud kira-kira 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Kagumnya dengan kuasa Allah. Awal air ketuban telah wujud sebagai persediaan untuk menempatkan seseorang manusia di dalamnya.

Selepas 20 minggu usia kandungan, lebih kurang lima bulan, air ketuban dihasilkan dari air kencing bayi. Ini kerana pada trimester kedua ini, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkan balik sebagai air kencing untuk membantu mengekalkan jumlah isipadu air ketuban.

Pada usia kandungan kehamilan 34 minggu, jumlah air ketuban menjadi maksima iaitu kira-kira 800ml.

Apakah Fungsi Air Ketuban?

Antara fungsi air ketuban adalah seperti berikut :
  • Untuk melindungi bayi dari hentakan yang mungkin berlaku
  • Mengekalkan suhu persekitaran supaya bayi tidak mengalami kehilangan haba 
  • Membantu dalam perkembangan paru-paru dan sistem penghadaman bayi
  • Membantu perkembangan otot dan tulang bayi kerana bayi boleh bergerak dalam air ketuban tersebut. Ia juga bagi ruang pada tali pusat daripada terhimpit

Ada Apa Dalam Air Ketuban

Air ketuban terdiri daripada 98% air dan 2% terdiri daripada zat-zat organik, lemak (yang menutupi bayi baru lahir) dan protein. Kualiti air ketuban amat mempengaruhi pertumbuhan janin. Air ketuban yang tidak keruh menjamin kecukupan zat dan nutrisi untuk bayi. 

Bertambah dan berkurangnya air ketuban dari yang sepatutnya akan memberi kompilikasi pada bayi atau ibu. Jadi air ketuban yang terlalu sedikit atau terlalu banyak perlu diberi perhatian untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak di ingini.

Di usia kehamilan 25-26 minggu, Isipadu air ketuban adalah sebanyak 239ml. Ia menjadi 984ml pada kandungan menghampiri 33-34 minggu dan mulai menurun pada akhir usia kandungan iaitu sebanyak 836ml.

Masalah Air Ketuban Yang terlalu sedikit

Kak yong ada pengalaman adik yang alami masalah ni. Adik kak yong terpaksa bercuti kerja lebih awal dan terpaksa warded kerana memerlukan pantauan dari doktor di Hospita. Cukup sahaja 36 minggu usia kehamilan adik kak yong perlu dipaksa bersalin bayi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Air ketuban kurang bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan tau. Masalah air ketuban terlalu sedikit ini mugkin disebabkan bayi menelan tetapi kurang mengeluarkan air kencing. Ia dikenali sebagai Oligohydramnion.
 

Sebab Berlakunya Air Ketuban Kurang

Banyak sebab berlakunya perkara ini, antaranya ialah :
  • Masalah pada sistem saluran kencing atau buah pinggang. Kemungkinan ada masalah pada buah pinggang bayi atau kemungkinan tiada buah pinggang langsung.
  • Air ketuban bocor atau ia tidak disedari. Masalah ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman
  • Uri yang bermasalah. Jika uri tidak dapat bekalkan nutrien yang cukup pada bayi, ada kemugkinan bayi tidak mengeluarkan air kencing yang mencukupi
  • Kehamilan yang melebihi 42 minggu berisiko mendapat air ketuban yang kurang
  • Masalah kesihatan ibu sendiri saperi ibu ada masalah darah tinggi atau diabetes

Kesan Akibat Air Ketuban Kurang

  • Berkemungkinan bayi akan lemas kerana masalah tali pusat terhimpit. Aliran darah dan oksigen akan tergangu
  • Pembesaran bayi terhad kerana ruang yang sempit dan tidak mencukupi
  • Meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang
  • Berat bayi tidak mencukupi semasa dilahirkan

Cara Mengatasi Masalah Air Ketuban Kurang?

Ibu yang hadapi masalah ni mesti risau dan bimbangkan keadaan bayi dalam kandunga. Yelah kita tak nampak macam mana perkembangan bayi kat dalam tu. Jika ada menghadapi masalah ini berhubung dengan doktor anda untuk melakukan pemeriksaan lebih lanjut dan dengar nasihat yang diberikan oleh doktor. Doktor akan memberikan ubat-ubatan dan sebagainya bagi memantau perkembangan bayi dalam kandungan.


 

You Might Also Like

0 comments