6 Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Kaum Lelaki

Assalamualikum dan salam sejahtera semua... Entri sebelum ni kak yong ada kongsi tentang kanser-kanser yang sering menyerang wanita kan, o...

Assalamualikum dan salam sejahtera semua...

Entri sebelum ni kak yong ada kongsi tentang kanser-kanser yang sering menyerang wanita kan, ok entri kali ini saya nak kongsi kanser-kanser yang kerap menyerang lelaki pulak..

Kanser adalah sesuau yang sangat menakutkan oleh semua orangkan. Tak ada sapa yang nak diserang kanser. Kanser ni sebenarnya jika kita dapat kesan awal dan buat rawatan awal peluang unuk hidup lama adalah lebih tinggi dan peluang untuk pulih adalah cerah.  Namun demikian kebanyakan mereka yang diserang kanser akan sedar bila kanser sudah tahap ke 3 atau ke 4.



Cancer


Antara kanser yang sering menyerang lelaki adalah seperti berikut :

Jenis-jenis kanser yang sering menyerang Kaum Lelaki


1) Kanser Prostat




Kanser prostat merupakan kanser yang menyerang kaum lelaki. Kanser ini mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak dan sering terjadi kepada mereka yang berumur 70 tahun ke atas. Kanser ini biasanya tejadi tanpa disedari dan berlaku secara perlahan-lahan.

Kanser ini merebak bermula dari kelenjar. Ianya bermula di dalam lapisan lemak prosat. Dari situ ianya merebak ke punci kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan.

Antara Simptom kanser ini ialah :
  • Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan terutama pada waku malam
  • kencing tidak puas atau tak lawas
  • Darah atau sperma dalam air kencing
  • Sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang
  • sakit di bahagian pinggang
Keterangan lanjut kanser prostat dan cara rawatan boleh lihat SINI


2) Kanser Testis



Kanser testis umum berlaku pada lelaki di usia muda antara umur 20 hingga 25 tahun. Antara risiko berlakunya kanser ini adalah testis yang tidak menurun, pembentukan testis yang tidak normal dan kromosom seks yang tiak teratur.

Antara symptom-symptom adalah :
  • Pembesaran testis yang tidak sihat
  • Kesakitan pada testis
  • Kesakitan pada bahagian bawah obdomen

Rawatan:

  • Kemajuan di dalam bidang perawatan kanser ini membolehkan pesakit membuat pilihan rawatan jenis mana yang akan memberikan kesan sampingan yang paling minima, ia dapat dibahagikan kepada 2 peringkat
  • Fasa pertama: mengurangkan kesan toksik semasa rawatan dan risiko steril;- dan kemudiannya mengurangkan risiko kembali semula kanser ini kepada tahap minima.- rawatan susulan klinikal dan biologikal adalah mencukupi;- Surgeri: pembuangan testis: ini adalah "orchiectomy"; tidak mampu melakukan hubungan seks.-
  • Radioterapi secara setempat; penghasilan sperma dipengaruhi tetapi kesuburan akan pulih semula selepasbeberapa bulan (dalam kebanyakan kes).-
  • Kemoterapi: Kemunculan polikemoterapi kini mampu menyembuhkan lebih dari 90% pesakit ini.Pemuda lelaki yang mengidap kanser testis perlu ingat yang rawatan ini mungkin mengakibatkan ketidaksuburan dan doktor perlu merujuk mereka kepada 'sperm bank'.

3) Kanser Paru-paru




Menurut statistic kesihatan, 87% pesakit kanser paru-paru adalah mereka yang merokok. Merokok secara pasif mungkin mempercepatkan berlakunya pertumbuhan kanser. Namun demikian mereka yang tidak merokok dan menghidu asap rokok secara pasif juga berisiko mendapat kanser paru-paru..

Antara symptom kanser paru-paru adalah :
  • Batuk berdarah
  • Batuk berlarutan dan lambat sembuh
  • Jangkitan kuman di saluran pernafasan dan paru-paru
  • suara menjadi kasar
  • Berat badan turun mendadak
Keterangan lanjut kanser Paru-paru boleh lihat  SINI


4) Kanser Perut



Kanser ini bermula dari lapisan mucus perut, dari mana-mana jua bahagian perut dan merebak ke seluruh perut sebelum merebak ke hati, kolon dan pancreas kemudian ke kelenjar limfa berdekaan, paru-paru dan ovari.

Kanser ini biasa berpunca daripada gastrik perut yang teruk sebelum menjadi kanser. Kanser ini biasa berlaku pada mereka yang berumur 70 tahun ke ats dan kaum lelaki lebih inggi dijangkiti berbanding wanita.

Antara symptom kanser ini ialah :
  • Sakit perut dan penghadaman tidak baik
  • Susut berat badan, keletihan dan lemah berpanjangan
  • Anmia, muntah darah, loya
  • Berak berdarah akiba pendarahan tumor


5) Kanser Pankreas



Kanser pankreas ini biasanya tidak menunjukkan simptom awal, dan biasanya ia dapat dikesan apabila telah berada pada peringkat bahaya. Pesakit kanser pankreas dijangka boleh hidup dalam masa 5 tahun, dan hanya 4% daripadanya saja yang boleh hidup melebihi 5 tahun.

Pankreas adalah kelenjar yang mwnghasilkan insulin, hormone dan jus-jus penghadaman makanan. Kanser pancreas bermula dari lapisan duktus kelenjar tersebut.

Kanser ini merebak dari kelenjar limfa ke hai, paru-paru dan peritoneum. Kanser ini sering dikaitkan dengan kanser perut kerana kedudukannya berhampiran satu sama lain.

Simptom-simptom kanser ini adalah :
  • Sakit kuning ialah symptom yang biasa ditemui
  • Sakit perut
  • Susut berat badan secara mendadak
  • Rasa mual, pening dan demam yang berlarutan
  • diabetes secara mendadak
  • mata dan kulit menjadi kuning
  • perubahan deria rasa
  • Pundi hempedu membesar

Kanser Usus



Kanser usus merupakan kanser yang sering di temui. Kanser kolon dan rektum selalunya bermula didalam lapisan mukosa usus tersebut.

 Faktor Risiko 
  • Makanan tinggi dalam kandungan lemak dan rendah kandungan serat boleh menyebabkan penyakit kanser kolon. 
  • Merokok juga tidak digalakan
  •   Alkohol berlebihan meningkatkan risiko jangkitan kanser kolon dan rektum. (Annals of Internal Medicine, 2005).  
  • Sindrom keturunan seperti penyakit keturunan poliposis usus besar, juga dikaitkan sebagai satu dari penyebab penyakit ini.
Tanda-tanda kanser usus ialah :
  • Pendarahan dari rektum
  • Darah dalam najis
  • Najis berwarna hitam
  • Perut kembung
  • Sering kentut dan sendawa
  • Selera makan berkurangan
Info lanjut tenang kanser usus boleh lihat SINI


Secara kesimpulannya, tanda-tanda awal atau gejala kanser adalah lebih kurang antara satu sama lain. Namun apa yang penting ialah jika anda merasa perubahan yang agak berbeza pada tubuh anda dan anda tidak tahu apakah punca ia berlaku, kak yong nasihatkan anda perlu berjumpa doktor untuk kepastian dan pemeriksaan lanjut. 

Ini kerana kanser biasanya tidak dapat di kesan pada peringkat awal. Kebanyakan nya bila sudah sampai tahap ke 3 atau 4 baru lah ia dapat dikesan. Sentiasa lakukan pemeriksaan kesihatan anda.



You Might Also Like

0 comments