AWAS Ibu Menyusu..12 Penyebab Susu Anda Boleh Menjadi Berkurangan Atau Merundum

Assalamualikum dan salam sejahtera semua.. Seperti yang kita tahu mengikut secara teorinya, susu yang dibekalkan oleh ibu adalah mengikut ...

Assalamualikum dan salam sejahtera semua..

Seperti yang kita tahu mengikut secara teorinya, susu yang dibekalkan oleh ibu adalah mengikut keperluan bayi. Namun Ia tidak semudah teori itu kerana bila ibu sudah mula berkerja selepas habis berpantang, ramai ibu yang mendapati deman dan supply anak melebihi daripada yang dipam oleh itu ditempat kerja dan bekalkan setiap hari.

Keadaan ini menyebabkan ibu terpaksa memberikan susu formula sebagai tambahan sepanjang ibu berada di tempat kerja. Benarkah hal ini terjadi kepada ibu yang berkerja dan kenapa dia berlaku? Ok jom kita tengok apa punca-puncanya...





10 SEBAB KENAPA SUSU IBU MERUNDUM DAN BERKURANGAN

1- KEKERAPAN MENGEPAM
Biasanya bila ditempat kerja dan sibuk dengan tugasan kerja, kebanyakan ibu tidak sempat untuk mengempam dan jumlah pam dikurangkan. Kalau dulu ibu dirumah masa berpantang boleh pam 3-4 kali sehari, tetapi bila di tempat kerja mungkin mengurangkan sesi pam 2-3 kali atau sekali sahaja dan ad masa tidak sempat langsung untuk pam. 

Bila frekuensi mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana singal menghantar pesanan ke otak  "proses susu" sudah dikurangkan. Contohnya dulu seorang beli kuih 4 ketul, sekarang seorang beli seketul je jadi makcik kantin pun tak buat kuih banyak-banyak, nanti tak ada yang beli membazir pulak. 

Tips : Jangan Skip mengepam. Kalau ada duif lebih, boleh beli handsfree yang boleh digunakan sambil-sambil buat kerja dan boleh mengepam. 


2- KESILAPAN PENGASUH DALAM MENGURUSKAN SUSU BAYI
Dalam pengusuan teori adalah demand dan supply. Namun kadang-kadang terjadikan bila anta pengasuh jer tiba-tiba pengasuh bagitahu susu tak cukup, anak minum makin banyak dari susu yang dibekalkan.Mungkin kadang-kadang cara pengasuh menguruskan susu kepada bayi ada kesilapan. Contohnya bila bayi nangis jer terus bagi susu sedangkan bayi bukan nak susu mungkin nak dibelai, dimanja dan didokong. Bila terjadi perkara ini bila bayi nangis jer pengasuh bagi susu, bayi sudah dibiasakan dengan aktiviti sucking(menghisap) di mana boleh menenangkan diri dia,jadi bayi pun hisap jer susu tu walaupun dia tidak lapar. Ini menyebabkan demand bayi melebihi supply yang disediakan. 

Lagi satu ada pengasuh yang tidak berapa tahu terus memanaskan susu satu botol penuh. Jadi bila bayi tak habis minum susu akan dibuang begitu sahaja. Berlakunya pembaziran

Tips : Terangkan lebih detail cara pengurusan susu ibu kepada pengasuh



3- CARA SIMPANAN SUSU PERAHAN
Salah teknik simpanan susu perahan yang hendak di berikan kepada pengasuh. Sebagai contoh bayi minum 10oz sehari sepanjang berada di rumah pengasuh. Ibu hanya memberikan 2 botol sahaja yang diisi 5oz setiap satu. Biasa bayi akan minum 4 kali sepanjang di rumah pengasuh. Penerangan yang kurang dari ibu mungkin menyebabkan pengasuh terus memanaskan 5oz terus dan hanya boleh diberikan sebanyak 2 sesi sahaja. Ini menyebabkan keperluan susu tidak mencukupi.

Tips :  Simpan susu mengikut keperluan bayi dan diasingkan setiap botol. Kalau anak minum 4 kali di rumah pengasuh, bahagikan siap-siap 4 botol bagi memudahkan pengasuh untuk menguruskan susu perahan.


4- MASALAH PAM
Pam digunakan setiap hari dan selalunya setiap 2-3 jam akan digunakan  untuk mengepam. Pam yang telah lama dipakai dan tidak diservis boleh mengurangkan keberkesanan dan keupayaan nya untuk mengosongkan payudara. Pemilihan pam yang betul juga membantu dalam memastikan production susu agar tidak berkurangan. Bagi ibu bekerja pilih pam elektrik bagi menjimatkan masa dan tenaga.

Tips : Lakukan pemeriksaan pam sekurang-kurangnya 6-12 bulan sekali. Selain itu ibu juga perlu belajar marmet dan mengediakan pam manual sebagai persediaan jika pam mengalami masalah


5- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN
Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan proses penghasilan susu tergangu. Contohnya jika kita demam, batuk atau selsema, jika berjumpa doktor maklumkan kepad mereka bahawa anda sedang mengusukan bayi agar doktor boleh memberikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu supaya penghasilan susu tidak tergangu.


6- PENGAMBILAN PIL PERANCANG
Sesetengah pil perancang boleh menyebabkan penghasilan susu ibu tergangu. Jika anda ingin mengambil pil perancang dan dalam masa yang sama mahu menyusukan bayi, maklumkan kepada doktor atau nurse. Ada pil perangcang yang sesuai untuk ibu menyusu.


7. MENGANDUNG
Mengandung boleh mengurangkan penghasilan susu, ini kerana hormon estrogen dan progesteron meningkat menyebabkan prolatin tertekan


8- TERTEKAN (STRESS)
Stress adalah salah satu penyebabkan penghasilan susu menjadi kurang. Bila kita stress, mood pun akan menjadi cepat marah, penat. Jadi susu pun stress nak keluar. Ibu yang menyusu seelokknya pandai menguruskan kerJ dipejabat, rumah agar tidak tertekan. Suami juga memainkan peranan penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu ni contohnya tolong basuh peralatan pam, sediakan barang-barang peralatan


9- MASALAH KESIHATAN
Masalah kesihatan juga menggangu penghasila  susu ibu, justeru itu ibu perlu menjaga kesihatan dengan mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat serta berehat dengan secukupnya.


10- ANAK KURANG MENYUSU
Konsep penyusuan adalah demand dan supply kan. Kadang-kadang bila anak dah semakin besar dan sudah makan kekerapan menyusu mereka akan berkurangan. Bila bayi kurang menyusu penghasilan susu pun akan menjadi kurang, jika anak dah kurang menyusu ibu perlu lebihkan sesi mengepam agar penghasilan susu tidak berkurangan.


11- PERUBAHAN HORMON
Contohnya perubahan hormon sebelum datang haid atau semasa datang haid. Biasa bila nak period ni berlakunya perubahan hormon dan sedikit sebanyak penghasilan susu juga tergangu. Jangan stress kekal kan sesi mengepam kerana keadaan ini sementara sahaja.


12-KURANG KEYAKINAN DAN MUDAH PUTUS ASA
Ibu yang menyusu ni mesti yakin bahawa susu anda semua cukup untuk bayi anda. Tanamkan di mindset anda bahawa susu sentiasa cukup dan jangan mudah berputus asa jika susu berkurangan sedikit. Kerapkan lebih sesi mengepam dan berdoa kepada Allah SWT. 


Dalam dunia penyusuan ni memang ada masa susu akan mengalami kekurangan atau merundum atas sebab-sebab yang saya ceritakan dekat atas tu. Namun tanamkan dalam hati ibu-ibu agar tidak mudah berputus asa dan tyakin dengan rezeki yang allah tetapkan adalah sangat cukup untuk anak. Sentiada berdoa kepada Allah dan berzikir untuk menambah susu badan. 

Selain itu, ibu-ibu juga boleh mengambil Vitamin tambahan untuk membantu menambahkan penghasilan susu badan. 





Testimoni Set Menyusu Shaklee






Whtsap 0111-9791281 ♢Puan Azimah Khamis ♢

You Might Also Like

0 comments