10 tanda-tanda Anda Terkena Penyakit Kayap..Apa perlu anda Buat dan Petau-Petua Merawat Penyakit Kayap

Pernah dengar Penyakit Kayap? Korang semua pernah lihat tak macam mana  bentuk Penyakit Kayap ni? Ok sebut penyakit kayap ni...du...






Pernah dengar Penyakit Kayap? Korang semua pernah lihat tak macam mana  bentuk Penyakit Kayap ni?

Ok sebut penyakit kayap ni...dulu mak kak yong pernah kena sakit ni, mak kak yong kena kayap api dekat bahagian pinggang. Masa mak kena kak yong masih sekolah menengah lagi, kesian sangat masa mak kena tu. Mak kata rasa panas kat tempat kayap macam terbakar, kalau tengok tempat kayap nya memang merah-merah melembung macam kena air atau minyak panas. Sakit sangat mak kate, nak tido pum tak boleh dan rasa bisa-bisa.

Abah kak yong bawak mak pergi klinik, doktor cuma bagi ubat sapu dan pil tahan sakit jer. Dah makan ubat tapi masih tiada perubahan dan ada jiran bagitahu suruh ubat cara kampung.. Mak pun ubat cara kampung, alhamdulilah lepas ubat cara kampung dengan izin Allah kayap mak beransur pulih.

Apa itu Penyakit Kayap?

Dalam istilah perubatan kayap dikenali sebagai Herpes Zoster. Penyakit kayap ini adalah merupakan penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Virus ini dikatakan mula menghuni di badan seseorang pesakit apabila dia menghidap panyakit cacar air atau chiken pox. Selepas chiken pox sembuh,virus berkumpul di pusat saraf. Apabila sistem imun menjadi lemah ia menjadi aktif semula dan mula menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf berlaku.

Umur yang semakin meningkat seperti lebih 50 tahun ke atas dikatakan merupakan risiko utama terdedah penyakit kayap. Ini kerana pada usia sebegini ketahanan sistem imun semakin berkurangan dan kelemahan sistem pertahanan badan dalam melawan penyakit.

Jenis-jenis kayap

Kayap terdapat beberapa jenis. Antaranya ialah :
  1. Kayap ular
  2. Kayap api
  3. Kayap bunga
  4. Kayap setompok

Tanda-tanda Penyakit Kayap

Kayap biasa melibatkan satu bahagian badan sahaja dan ia tidak melibatkan banyak bahagian. Lazimnya melibatkan bahagian muka dan dada. 

Tanda-tanda awal penyakit ini ialah :
  • Rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Letih,lesu
  • Hilang selera makan
  • Badan rasa sengal-sengal dan bisa-bisa
  • Kulit rasa gatal-gatal
  • Timbul ruam panas
  • Kulit sakit bila disentuh
  • Timbul gelembong-gelembong air di kawasan tertentu kulit

Tanda-tanda biasa berlaku antara 3 hingga 5 hari sebelum tompok-tompok pada kulit timbul.

Komplikasi penyakit saraf boleh berlaku, jika kayap melibatkan bahagian muka, ia boleh menyebabkan komplikasi pada mata termasuk menjadi buta dan komplikasi kepada saraf muka yang boleh menyebabkan paralisis otot-otot muka(fasial palsy)

Selain itu kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak, jantung, paru-paru, usus, buah pinggang, hati dan sebagainya.

Komplikasi lain penyakit kayap adalah jangkitan kuman dan bakteria serta pendarahan pada gelombang air di kulit. Kadang-kadang gelombang merebak ke kawasan lain. Keadaan ini biasa berlaku kapada pesakit yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

Pantang Larang Ketika Kayap

Antara pantang larang bila terkena kayap. Pantang larang ni dapat membantu kayap sembuh dengan lebih cepat. Antaranya ialah :
  1. Jangan makan makanan berminyak
  2. Buah tempatan tak boleh di makan
  3. Tak boleh memasak sperti menggoreng 
  4. Tidak boleh terkena sabun
  5. Tidak boleh makan makanan yang menjalar atau berjalur seperti tembikai,timun dan labu
  6. Tidak boleh makan makanan yang gatal-gatal

Petua-petua untuk merawat Kayap

Petua 1
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbuk atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan 1 hari dua kali pagi dan malam.

Petua 2
Menggunakan daun pokok duit-duit yang ditumbuk hancur kemudian ambil daun serta airnya perahannya dan ditekap pada tempat yang terkena kayap dan bengkung semalaman

Petua 3
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat+ bedak sejuk(tanpa pewangi). Tampal kat tempat kayap itu. 3 hari jer dah kering. Tapi makan kena jaga agar cepat baik. Yang penting sekali bila dah baik jangan dikopek parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kerimg ia akan terluka dan merebak semula

Petua 4
Pucuk daun bunga melur, pucuk daun delima, daun setawar dan pucuk daun mambu. Semua daun ini ditumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kawasan terkena kayap.

Petua 5
Ubi larut, tenyeh atau gosok belakang lesung batu pastu ambil pastinya buat sapu di kawasan kayap


Supplement Shaklee Merawat Penyakit Kayap

Ok kak yong nak share dengan korang produk shaklee yang dapat mambantu merawat penyakit kayap ye..Jika korang atau ahli keluarga terkena kayap jangan panik tau..boleh ambil produk shaklee sebagau alternatif rawatan..






Garlic Complex
Bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Ia bersifat antivirus untuk menghalang serangan jangkitan virus, bakteria dan kaum bagi memastikan penyakit tidak merebak menjadi lebih teruk


Nutriferon
Mampu menguatkan sistem ketahanan badan dan membantu pesakit melawan penyakit yang sedang menyerang. Jika anda terkena kayap, insyallah nutriferon membantu menaikkan sisten imun anda dan melawan semua virus-virus yang ada


Vitamin C 
Meningkatkan sistem pertahanan badan kerana ia terlibat di dalam produksi antibodi, aktiviti dan tinggi sel darah putih yang sangat penting terlibat dalam penghasilan interferon


Zinc
Membantu menghasilkan enzim yang penting untuk sistem imun badan berfungsi secara optimum. 


Vivix 
Vivix bertindak membuang segala sel-sel rosak dan cacat akibat serangan kayap kemudian menggantikannya semula dengan sel-sel baru yang sihat. Vivix membantu memulihkan sistem saraf yang rosak dan memingkatkan daya tahan tubuh melawan penyakit.


Testimoni-Testimoni Penyakit Saraf


TESTIMONI 1




"Ingat lagi ramadhan  2011, tragedi diserang penyakit kayap..kena tang muka pulak tu. Habis separuh muka sebelah kanan melepuh-lepuh. Masuk wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-viral Acyclovir 5x sehari. So memang tak boleh menunaikan Ibadah berpuasa langsung!

Lepas kena dicharge, selaun teruskan makan Acylovir dan sapu mata, Along Hadhatina bagi makan Nutriferon shaklee. Saya amalkan Lecitchin dan juga Bcomplex

TESTIMONI 2






TESTIMONI 3




Saya Puan Azimah Khamis, Pengedar Shaklee Batu Pahat Johor (Id 894681)


Pertanyaan dan order
Whtsap 0111-9791281





You Might Also Like

0 comments